POLISI PLATFORM
POLISI PLATFORM
Polisi ialah peraturan dan undang-undang platform ARABIC.MY
1.0 Pemilikan
Laman web ini dimiliki oleh AL-FASOHA ACADEMY OF ARABIC.Ia adalah sebuah organisasi Pendidikan yang bertujuan untuk memberikan pendidikan bahasa Arab kepada semua.
2.0 Sumber
Kami membenamkan sumber kami daripada pelbagai sumber terbuka, terdapat juga sumber asli, yang ditulis oleh penulis dan sukarelawan kami. Pengguna boleh menyalin dan memuat turun sumber dari laman sesawang kami.
2.1 Koleksi Sumber
- Kami mengumpul sumber daripada pelbagai sumber terbuka seperti YouTube, Saluran Telegram, halaman Facebook, dan lain-lain.
- Semua data yang dikumpul ditambahkan pada platform sebagai pautan terbenam (BUKAN MUAT NAIK SEMULA), untuk memastikan hak cipta pengarang terpelihara.
- Salah satu objektif kami adalah untuk membantu pemilik tapak web, saluran dan akaun media sosial khusus dalam mengajar bahasa Arab untuk menjangkau lebih ramai pelajar.
2.2 Pindaan Sumber
Jika mana-mana pengguna atau pemilik mana-mana sumber yang kami kumpulkan ingin memadam atau meminda mana-mana kandungan, anda boleh mengisi borang ini.
3.0 Dasar Privasi
Sebaik sahaja anda mendaftar ke laman sesawang kami, sebarang maklumat yang diminta dan diperoleh daripada anda, tidak melibatkan pihak ke-3 dan digunakan untuk tujuan pembelajaran sahaja.
4.0 Maklum Balas / Cadangan
Pengguna digalakkan untuk meninggalkan maklum balas dan cadangan untuk penambahbaikan laman web kami melalui borang cadangan.