POLISI PENERBITAN ARTIKEL
POLISI PENERBITAN ARTIKEL
1.0 Keaslian
Semua artikel yang dihantar ke ARABIC.MY mestilah karya asli; tidak ditiru dari penulis lain. Jika terdapat persamaan yang ketara dengan karya lain, ia perlu disebut dalam artikel tersebut. ARABIC.MY amat tidak menggalakan petikan diri yang berlebihan atau tidak bersesuaian.
2.0 Kriteria Penerbitan
- Penulis perlulah mempunyai pengalaman dalam penulisan dan penerbitan artikel.
- Semua topik artikel perlulah berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.
3.0 Penghantaran Artikel
- Semua penulis boleh menghantar artikel melalui borang penghantaran artikel
- Penerbit perlu bersetuju dengan semua polisi penerbitan sebelum menghantar artikel
- Notifikasi penerimaan artikel disahkan serta-merta selepas diserahkan kepada platform.
- Semua artikel yang dihantar akan disemak untuk memastikan artikel tersebut mematuhi polisi penerbitan platform
- Pengesahan penerbitan akan dihantar ke e-mel penerbit dengan pautan ke artikel sebagai bukti penerbitan diluluskan.
- Jika penulis perlu membuat perubahan terhadap artikel, penulis boleh mengisi borang penyuntingan artikel ARABIC.MY di mana ia memerlukan pengesahan pengenalan individu.
4.0 Dasar Hak Cipta
Penulis mempunyai hak untuk menggunakan semula, menerbitkan semula, mengarkibkan dan mengedarkan artikel mereka sendiri selepas diterbitkan.
5.0 Dasar Capaian Terbuka
Platform kami menyediakan akses terbuka segera untuk pembaca kepada semua artikel. Oleh itu, para pembaca dibenarkan membaca, memuat turun, menyalin, mengedar, mencetak, mencari, memaut ke teks penuh atau menggunakannya untuk tujuan lain yang sah.