Rasulullah SAW telah bersabda :"Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah (wakaf),; ilmu yang bermanfaat,dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”.” (HR Muslim).
وَقفُ اللُّغَةِ العَرَبيَّةِ
Kami berhasrat untuk memberikan wakaf untuk mengajar Bahasa Arab dan menyebarkannya kepada masyarakat.
Sumbangkan Masa Anda
Jadi Sukarelawan (Dalam Talian)
Sokongan Anda Amat Dihargai
POLISI DAN ARAHAN SUKARELAWAN
Misi Organisasi / Platform
Al Fasoha Academy of Arabic ialah satu organisasi tanpa keuntungan yang bertujuan untuk menyediakan pendidikan bahasa Arab percuma kepada semua. Arabic.my adalah platform yang tidak mengambil sebarang keuntungan yang menyediakan sumber percuma bagi mempelajari bahasa Arab kepada penutur bahasa lain.
Peranan dan Tanggungjawab
Sukarelawan bertanggungjawab untuk menyumbangkan masa dan kemahiran untuk mengumpul data, mempromosi dan mereka bentuk laman sesawang untuk dimanfaatkan oleh masyarakat. setiap sukarelawan akan dibahagikan mengikut bahagian masing-masing berdasarkan kemahiran dan minat mereka. (berdasarkan temu duga).
Nilai
- Memperbaharui niat (تجديد النيّة)
- Ketetapan dan kesempurnaan (الدقّة والإتقان)
- Pencapaian/ Pencapaian/ Prestasi/ Perlaksanaan (الإنجاز)
- Bertanggungjawab
Kelebihan Menjadi Sukarelawan Bersama ARABIC.MY
- Peluang bertemu orang baharu
- Menambah baik kemahiran sosial dan kemahiran-kemahiran lain
- Menjadi berguna dan membantu kepada kumpulan
- Sijil akan diberikan kepada sukarelawan yang telah bertugas selama 3 bulan
- Menambah kemahiran untuk alam pekerjaan
- Bagi pencari kerja yang mungkin berminat untuk bertemu dengan perekrut kerja
- Fleksibel. Sukarelawan bebas memilih masa sumbangan mereka dan menetapkan cuti mereka sendiri
Kod Etika
Semua sukarelawan perlu mematuhi kod etika seperti di bawah:
- Profesional (Jangan libatkan masalah peribadi ke dalam kerja)
- Bekerjasama (Sentiasa bekerja dalam kumpulan)
- Komunikasi (Sentiasa rujuk dan berkomunikasi dengan ketua/penasihat)
- Kerahsiaan
Kerahsiaan Dan Komunikasi Luar
Sukarelawan perlulah bertanggungjawab dalam menjaga informasi kerja di tempat kerja. (kerja dengan 'Amanah')
Tindakan Pembetulan dan Pemberhentian
Jika sukarelawan tidak mematuhi kod etika atau terlepas waktu kerja mereka, mereka boleh diberikan surat amaran. Pemecatan adalah pilihan terakhir selepas 2 surat amaran dan perbincangan bersama dengan sukarelawan tersebut."
Masa Operasi Dan Komitmen
Sukarelawan boleh memilih masa dan jam yang dikehendaki untuk menyumbang. Walau bagaimanapun, kami hanya akan menyediakan sijil untuk sukarelawan yang menyumbang sekurang-kurangnya 10 jam seminggu selama 12 minggu. Sukarelawan perlu mematuhi jam dan masa yang telah dipilih oleh mereka.
Ketidakhadiran Dan Penamatan
Kami mengikuti cuti umum kebangsaan selain hujung minggu. Kontrak penamatan mesti ditandatangani selepas tamat tempoh sukarela yang dipersetujui. Jika sukarelawan ingin menamatkan kontrak sukarelawan mereka lebih awal atas sebab peribadi, mereka boleh memberi notis bertulis 2 minggu kepada kepala mereka.
Sukarelawan akan ditempatkan berdasarkan kemahiran atau keputusan temu duga mereka
Bahagian Kandungan
- Menyediakan sukatan pelajaran dan kurikulum
- Kemasukan data
- Terjemahan
- Laporan dan penulisan artikel
Bahagian Pembangunan Laman Sesawang
- Pereka bentuk
- Penyunting Video
- Pembangun Laman Sesawang