Featured
BAHASA ARAB KOMUNIKASI – TAHAP 1 – UNIT 5
You have to purchase this course in order to get access to its content.
Pembelajaran
Pelajaran ini terdiri daripada perbualan asas tentang makanan dan minuman yang merangkumi tempat makan, sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam serta adjektif-adjektif yang berkaitan dengannya. Pelajaran ini mengandungi perbualan mudah dan ringkas di antara penumpang dan pramugari apabila memesan makanan dan minuman di dalam kapal terbang. Pelajaran ini terdiri daripada kosa kata dan perbualan ringkas antara suami dan isteri mengenai makanan yang disediakan untuk tetamu yang datang. Pelajaran ini akan membantu pelajar mengenali kosa kata nombor ordinal dalam bahasa Arab daripada nombor pertama sehingga nombor kelima. Pelajaran ini memfokuskan tentang tatabahasa yang membincangkan tentang penggunaan kata tanya seperti أين ماذا beserta jawapan dan penggunaan لا larangan bersama Feel Mudhari’. Pelajaran ini membincangkan mengenai bunyi huruf ق serta perbezaannya daripada huruf ك. Dalam pelajaran ini, pelajar diminta untuk mendengar kosa kata, ayat mudah dan perenggan pendek yang berkaitan dengan topik perbincangan dalam unit ini. Pelajaran ini memfokuskan tentang penggunaan kata tanya dalam bahasa Arab seperti كم أين ماذا هل من beserta jawapannya yang merangkumi pertanyaan tentang jenis makanan, tempat makan, bilangan dan orang. Pelajaran ini membantu pelajar membaca perkataan-perkataan, ayat-ayat mudah dan perenggan pendek berkaitan aktiviti harian yang merangkumi topik makanan dan minuman serta menjawab soalan kefahaman yang diberikan. Pelajaran ini terdiri daripada ejaan perkataan, sambungan huruf dan penulisan titik yang betul bagi perkataan-perkataan pilihan. Huruf yang terpilih bagi pelajaran kali ini ialah huruf ك ل ن ف ق م.
No Comments